Theme: Blue and Green Theme: Blue and Green Theme: Red Theme: Green
Background: 1 Background: 2 Background: 3 
 
 
 
 
Last Update: 8 12 2019
Version 8.2.2
 

Lembaga Air Kuching ingin memaklumkan kepada para pengguna bahawa kerja-kerja penyambungan paip akan dilakukan di Batu 7, Jalan Penrissen mulai jam 10.00 malam pada hari Jumaat, 27 September 2019  hingga jam 2.00 pagi pada hari Sabtu, 28 September 2019.

Para pengguna di sepanjang dan sekitar Batu 8, Jalan Penrissen termasuk Kem Penrissen, Kem Penrissen Lama dan Jalan Muara Tuang dari Taman Sentosa sampai persimpangan Taman Samarindah dan kawasan-kawasan berdekatan akan mengalami tekanan air rendah atau gagguan bekalan air pada masa tersebut. Para pengguna adalah dinasihatkan supaya bersedia semasa gangguan tersebut.

Pihak Lembaga berasa kesal ke atas segala kesulitan yang timbul terhadap pengguna. Segala usaha akan diambil untuk memulihkan bekalan air dengan secepat mungkin.