Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 
 
 
 
 
Kemaskini Pada: 8 12 2019
Versi 8.2.2
 

Lembaga Air Kuching telah menerima permohonan daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) untuk kerja-kerja pemindahan paip utama (900mm dia) yang menyalurkan air daripada Loji Rawatan Air Batu Kitang ke Tangki Entinggan. Oleh yang demikian adalah dimaklumkan kepada pengguna bahawa kerja-kerja pemindahan paip utama tersebut akan dibuat mulai jam 9:00 malam pada hari Khamis, 29 Ogos 2019 hingga jam 6:00 pagi pada hari Jumaat, 30 Ogos 2019.

Para pengguna di sekitar kawasan Kota Samarahan dan di sepanjang jalan dari Kampung Meranek hingga ke Sungai Mata akan mengalami tekanan air rendah atau gagguan bekalan air pada masa tersebut. Para pengguna adalah dinasihatkan supaya bersedia semasa gangguan tersebut.

Pihak Lembaga berasa kesal ke atas segala kesulitan yang timbul terhadap pengguna. Segala usaha akan diambil untuk memulihkan bekalan air dengan secepat mungkin.